Kenapa Rawatan Berpantang
Sangat Penting
Selepas Bersalin?
Rawatan selepas bersalin adalah 'HAMPIR WAJIB' untuk wanita melahirkan berpantang. Ada banyak kebaikan rawatan postnatal dan salah satunya adalah mempercepatkan proses pemulihan dari luar & dalam.
Kenapa Rawatan Berpantang
Penting Selepas Bersalin ?
► Melegakan Sakit Badan
Kesakitan berpunca dari mengandung dan bersalin. Kesakitan dibahagian abdomen bawah, pinggang dan belakang.
► Menggalakkan Pengeluaran Susu
Urutan dan tuam dapat menggalakan pengeluaran susu untuk si bayi. Pemakanan yang sihat juga menjadi faktor menggalakkan pengeluaran susu ibu.
► Mengembalikan Bentuk Badan
Pemakaian bengkung, bertangas dan bersauna dapat mengembalikan bentuk badan wanita berpantang kepada bentuk badan ideal.
► Melancarkan Peredaran Darah
Urutan dan tungku dalam servis rawatan dapat melancarkan peredaran darah. Kesannya, tubuh berasa lebih segar.
► Mencegah 'Postnatal Depression'
Rawatan berpantang akan mencegah ibu dari meroyan atau dipanggil 'Postnatal Depression'. Sebab itu rawatan berpantang ini hampir wajib untuk wanita bersalin.
► Memberi Ibu Peluang 'Me Time'
Rawatan berpantang ini adalah salah satu Me Time yang wanita bersalin tunggu-tunggu sebelum memulakan tugas sebagai ibu full time.