Jenis Servis Rawatan
URUTAN POSTNATAL
Urutan postnatal adalah urutan khas tradisional selepas bersalin ke seluruh badan dengan tujuan melegakan dan menyegarkan tubuh badan.
Urutan postnatal juga termasuk 'sengkak' atau di kenali 'naikan peranakan'. CL akan lihat keadaan ibu berpantang sama ada sesuai atau tidak sebelum memulakan sengkakan.
Untuk ibu czer, CL akan perlahankan urutan dan tidak sentuh bahagian luka. Dalam apa jua keadaan, CL akan advice ibu berpantang.
URUTAN LANCARKAN SUSU
Urutan lancarkan susu adalah teknik urutan meningkatkan pengeluaran susu untuk bayi. Urutan lancarkan susu boleh dilakukan oleh CL atau ibu semasa berpantang.
Terdapat dua kebaikan urutan ini:
a. Menyediakan susu untuk bayi
b. Mengelakan bengkak payudara
BERTUNGKU
Bertungku adalah teknik meratakan haba ke seluruh badan ibu berpantang. Ia dilakukan dengan menggunakan batu sungai dan hot pad.
Pada kebiasaannya bertungku dan urutan dilakukan sekali keseluruh badan. Tujuan bertungku adalah melegakan dan menyegarkan; dan juga melancarkan peredaran darah keseluruh badan.
URUTAN SERI WAJAH
Urutan seri wajah adalah urutan point muka. Urutan ini dapat merehatkan otot muka dan menyegarkan wajah.
TANGAS
Tangas adalah servis mengewap bahagian miss v ibu berpantang. Ramua tangas terdiri daripada herba pilihan.
Terdapat dua jenis tangas iaitu:
a. Tangas basah
b. Tangas kering
Terdapat tiga kebaikan bertangas:
a. Lancarkan aliran darah nifas
b. Mengeluarkan toksin
c. Lansingkan tubuh badan
MANDI SUSU
Mandi susu adalah mandian yang memberi banyak manfaat khususnya untuk melembutkan dan mehaluskam kulit ibu berpantang.
SAUNA
Sauna adalah mengewap seluruh badan dalam tempoh 10 - 15 minit untuk ibu berpantang. Antara kebaikan sauna adalah:
a. Detoks tubuh badan
c. Rehatkan minda
c. Kurangkan tekanan
d. Hilangkan bau badan
e. Buang daki
f. Dan banyak lagi
Namun terdapat keburukan bersauna apabila terlalu kerap lagi-lagi untuk ibu berpantang.
PARAM, PILIS & TAPEL
a. Param
Param adalah sapuan seluruh badan kecuali payudara dan perut. Sapuan adalah selepas mandi.
b. Pilis
Pilis adalah campuran herba terpilih disapukan ke dahi. Sapuan juga selepas mandi.
c. Tapel
Tapel adalah sapuan di perut sebelum mengenakan bengkung.
AROMA HAIR THERAPY
Aroma hair therapy adalah servis dilakukan CL dengan menyapukan serum pada rambut ibu berpantang sambil mengurut kepala sebelum menyiapkan rambut dengan sangul.
Tujuan utama aroma hair therapy adalah menyegarkan dan memberikan bau wangi kepada kulit kepala.
MANDIAN HERBA
Mandian herba adalah antara rawatan penting semasa ibu berpantang. Ramuan daun herba dicampurkan sebelum di rebus dan digunakan dalam mandian.
Antara kebaikan mandian herba:
a. Segarkan badan
b. Buang angin
c. Lancarkan aliran darah
d. Lancarkan aliran susu
e. Elakan bau badan
RAWATAN BAYI
Rawatan bayi akan dilakukan oleh CL atau ibu semasa penjagan berpantang. Masa rawatan diantara 8 - 10 minit per sesi. Terdapat servis komponen rawatan bayi:
a. Urut bayi
Bayi akan di urut keseluruh badan
b. Tuam bayi
Selepas urutan, bayi akan dituam khususnya dibahagian perut.
c. Mandi Bayi
Rawatan bayi akan diselesaikan dengan mandian.
BASIC HAIR CARE
Basic hair care adalah servis CL untuk cucian rambut ibu berpantang. Tujuannya adalah supaya rambut mommy kekal segar dan wangi.
URUTAN REFLEKSOLOGI
Urutan refleksologi adalah urutan point tapak kaki. Point-point ini adalah pantulan kepada organ tubuh badan.
BODY SCRUB
Body scrub atau lulur adalah bertujuan menghilangkan daki dan kulit mati pada badan. Antara kebaikan body scrub:
a. Awet muda
b. Cerahkan kulit
c. Rehatkan otot badan
d. Kulit gebu dan mulus
e. Berikan kesegaran
FOOT BATH
Foot bath adalah servis rendaman kaki dijalankan CL untuk ibu berpantang. Rendaman kaki ini adalah campuran garam bukit, limau dan air hangat. Antara kebaikan foot bath adalah:
a. Membersihkan daki kaki
b. Hilangkan bau wangi
FACE SCRUB
Face scrub adalah bertujuan untuk menghilangkan daki dan kulit mati pada wajah ibu berpantang. Antara kebaikan face scrub adalah:
a. Awet muda
b. Cerahkan Kulit
c. Hilangkan jeragat
d. Kulit gebu dan mulus
e. Berikan kesegaran
f. Rehatkan otot muka
MAKANAN PANTANG SIAP
Makanan pantang siap ini adalah servis add on selain dari rawatan berpantang. Ibu berpantang akan disiapkan portion lunch dan dinner berserta buahan.
Antara contoh menu makanan pantang siap adalah ala bakar, stim, singgang atau sup. Menu makanan adalah berbeza setiap hari.
Kebiasaannya ibu berpantang dihidangkan ikan siakap, ikan bawal, ikan selar atau ayam untuk lauk protein. Dan bersama dengan sayur seperti pak choi untuk lauk sayur. Nasi putih tidak disediakan
MASAKAN PANTANG
Masakan pantang adalah servis add on selain rawatan berpantang. Bahan masakan perlu disediakan untuk CL yang memasak lauk lunch dan dinner di rumah ibu berpantang.
Antara contoh menu masakan pantang adalah ala bakar, stim, singgang atau sup. Menu makanan adalah berbeza setiap hari. Ibu berpantang boleh berbincang menu masakan pantang dengan CL.
LAUNDRY IBU & ANAK
Laundry ibu dan anak CL akan lakukan untuk salah satu pakej berpantang kami.
IKAT SANGGUL
Ikat sanggul adalah servis yang CL kepada ibu berpantang dengan meratakan serum rambut disudahi dengan ikat sanggul rambut.
PAKAIKAN STOKIN
Pakaikan stokin adalah servis CL kepada ibu berpantang selepas urutan dan pakaikan bengkung.
MANDIAN BUNGA
Mandian Bunga adalah servis terpilih untuk ibu berpantang. Kebaikan mandian bunga ini adalah dapat menaikan seri ibu berpantang.
KONSULTASI DARI PAKAR
Untuk ibu selepas bersalin, sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai penjagaan berpantang, boleh tanyakan persoalan anda ke CL atau admin kami.
SLIMMING BODY WRAPPING
Slimming body wrapping adalah servis CL untuk rawatan penutup pantang khususnya. CL akan mengenakan balutan plastik ke perut ibu berpantang. Tujuannya adalah dapat membantu melansingkan perut.
PAKAIKAN BENGKUNG
Bengkung akan di pakai ibu berpantang semasa tempoh berpantang. Pemakaian bengkung ini akan di bantu oleh CL.
Untuk ibu bersalin normal, tiada masalah dalam pemilihan jenis bengkung. kebiasaannya ibu berpantang akan mengenakan bengkung tali.
Untuk ibu bersalin czer, bengkung yang disyorkan adalah jenis bengkung strap. Bengkung strap adalah tidak terlalu ketat.